Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Guru BI luar bandar bakal dapat insentif

SEREMBAN 21 Julai - Guru bahasa Inggeris yang cemerlang akan diberikan insentif oleh kerajaan untuk berkhidmat di luar bandar apabila strategi memperkukuhkan penguasaan bahasa itu mula dilaksanakan pada tahun 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insentif berkenaan mencakupi elaun, kebajikan dan sebagainya yang mana mekanismenya akan dibincangkan di peringkat Kementerian Pelajaran sebelum diputuskan oleh Kabinet. ''Insentif yang diberikan ini perkara baru dan akan melihat sejauh mana keberkesanannya, kerana kita mahu menghantar guru yang cemerlang untuk memperkasakan bahasa Inggeris di luar bandar. ''Guru yang terlibat ini bukan lagi mengajar Matematik dan Sains, tetapi bahasa Inggeris dan mereka adalah guru yang berlainan," kata beliau. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia ke-15 dan persidangan perwakilan kebangsaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ke-27 di Klana Resort

Tiada cadang mansuh UPSR

Cara penilaian diubah suai, keputusan ujian bukan ukuran 100 peratus: TPM SHAH ALAM: Kerajaan belum bercadang untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) walaupun ia dilihat sesetengah pihak tidak lagi relevan dalam sistem pendidikan negara yang dinamik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata, UPSR masih boleh digunakan sebagai asas penilaian tetapi sedikit pengubahsuaian akan dilakukan terhadap peperiksaan itu dari segi kepentingan atau kayu pengukur. "Mungkin kepentingan dikurangkan daripada 100 kepada 30 atau 40 peratus. Yang lain akan ambil kira pelajaran Sejarah. Jadi, tidaklah lari daripada apa yang sedang dilaksanakan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Shah Alam, di sini, semalam. Beliau mengulas cadangan Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim kelmarin supaya UPSR dimansuhkan selepas ia dilihat hanya menjurus kepada konsep pencapaian pendidikan melalui peperiksaan yan

HARI KOKURIKULUM 2009 PADA 11/7 - 12/7

Imej

bahagian 2 - BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR PADA 4/7/2009

Imej
Bengkel ini adalah merupakan sambungan daripada siri pertama yang berlangsung pada 28/6/2009. Bengkel ini diteruskan dengan teknik menjawab untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains. En. Abd Rahim Sulaiman telah dipilih sebagai fasilitator untuk Bahasa Melayu dan Pn. Noriah untuk Bahasa Inggeris. En. Zazul Nizam dari SK Permatang Tok Mahat pula dipilih untuk subjek sains. Secara keseluruhannya, semua fasilitator telah menumpahkan segala pengalaman yang mereka miliki untuk memastikan anak didik di Sk Kampong Selamat mendapat input yang terbaik. Diharapkan agar semua murid tidak mensia-siakan semua ilmu dan panduan yang telah diberikan. Kita tunggu keputusan percubaan UPSR nanti...

CERAMAH KESIHATAN GIGI PADA 3/7/2009

Imej
Ceramah kesihatan gigi ini adalah merupakan salah satu program RIMUP untuk tahun ini. Ia melibatkan semua guru dan murid SK Kampong Selamat serta rakan-rakan dari SJK(T) Ladang Yam Seng. Ceramah ini telah dijayakan oleh Klinik Kesihatan Gunong Semanggol dan dibantu oleh jururawat pelatih dari BMLIAHS ( Kolej Jururawat Bukit Merah Laketown ). Sepanjang acara berlangsung, murid telah diberi ceramah mengenai kepentingan menjaga kebersihan gigi, cara-cara memberus gigi dengan betul dan lain-lain lagi. Murid-murid juga telah di tunjukkan cara memberus gigi dengan betul dan mereka juga melakukan amali memberus gigi sambil ditunjuk ajar oleh jururawat. Pada masa akan datang, diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi...