Guru saman malu RM1.5 juta
Oleh SAFINA RAMLI utusankedah@utusan.com.my ALOR SETAR 24 Jan. - Sepasang suami isteri memfailkan saman malu berjumlah RM1.5 juta di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tiga kakitangan awam kerana didakwa melakukan konspirasi menganiaya pasangan tersebut. Kedua-dua plaintif, Mohd. Afandi Abd. Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd. Rozi, 38 adalah seorang guru. Mohd. Afandi dan Roziaini menamakan Munajat Tamrin selaku defendan pertama yang merupakan pegawai bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah serta terlibat dalam menyelenggarakan pertukaran guru-guru sekolah. Defendan kedua ialah, Noriah Murad, merupakan bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Alor Setar, Jalan Langgar, tempat Roziaini mengajar pada tahun 2004. Defendan ketiga pula Abdul Aziz Hanifa, bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Iskandar, Alor Setar yang merupakan sekolah Mohd. Afandi bertugas pada 2004. Mohd. Afandi memberitahu, dia memfailkan saman itu terhadap ketiga-tiga defendan kerana mereka mengakibatkan tekanan perasaan...