53 pendidik sertai konvensyen guru Bahasa Melayu
IPOH 23 Mac - Seramai 53 guru Bahasa Melayu menyertai Konvensyen Guru-Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Teknik (SMT) Perak anjuran SMT Lebuh Cator yang julung kalinya diadakan di sini hari ini. Program bermula dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang itu dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahasa, Bahagian Akademik Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak, Saidi Ngah Abdul Said. Pengetua SMT Lebuh Cator, Mokhtar Zakaria berkata, matlamat penganjuran konvensyen adalah untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu di SMT dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Katanya, para peserta yang terlibat akan menetapkan sasaran pencapaian Bahasa Melayu dalam peperiksaan itu pada tahun ini. ''Pada masa ini, semua SMT di negeri ini mencatatkan kelulusan 100 peratus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. ''Namun, kita tidak lagi melihat kepada kelulusan semata-mata tetapi mahu meningkatkan bilangan pelajar yang mencatat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran itu,...