ROMBONGAN KE TERENGGANU & KELANTAN 1 - 2 OGOS

Malam 31 Julai lalu tepat jam 9.30 malam, rombongan SK Kampong Selamat yang terdiri dari hampir semua staf dan bekas murid UPSR 2008 yang kini berada di tingkatan satu telah bertolak ke Terengganu. Turut serta ialah beberapa wakil dari pihak Program Kampong Angkat.

Rombongan ini telah di taja sepenuhnya oleh pihak Yayasan EMKAY di atas kecemerlangan yang telah di tunjukkan oleh bekas murid UPSR 2008. Taman Tamadun Islam, Muzium Negeri serta Pasar Payang adalah destinasi yang kami kunjungi sepanjang sehari di Terengganu. Murid-murid juga telah di raikan dalam satu majlis makan malam di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu.

Ahad 2 Ogos, kami telah meninggalkan Terengganu untuk ke negeri Cik Siti Wan Kembang pula. Destinasi yang sempat di kunjungi hanyalah Pasar Siti Khadijah serta kawasan-kawasan berhampiran.


















































































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEMASYA SUKAN SEKOLAH 2012

SK Taman SEA bakal catat rekod