Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Selamat tinggal SK Kampong Selamat.....

Imej
Pn. Azura Asari telah pun bertukar ke SK Kenayat, Gerik mulai 1/10/2010 yang lalu.Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau diatas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sewaktu bertugas disini. Semoga beliau sukses disana..

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Imej
sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah yang telah di adakan pada 30/8/2010.

Ceramah Israk Mikraj pada 21/7/2010

Imej

SK Taman SEA bakal catat rekod

PETALING JAYA 8 Julai - Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman SEA bakal mengukir sejarah apabila mereka akan membaca buku cerita selama sembilan hari tanpa henti mulai 15 Julai ini. Program Bacathon 2010 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records kerana pertama kali diadakan di negara ini. Pengerusi PIBG sekolah itu, Wong Kok Beng berkata, program yang dijangka berakhir pada 24 Julai itu melibatkan 72 murid tahun empat, lima dan enam. Katanya, ia diadakan sempena sambutan Bulan Membaca bulan ini dan bertujuan mengumpul dana bagi membaik pulih infrastruktur sekolah. "Program ini diadakan bagi menyahut seruan kerajaan untuk memupuk minat membaca kanak-kanak dari peringkat sekolah rendah di samping mengumpul dana membaiki infrastruktur bangunan sekolah ini yang sudah berusia 27 tahun," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Katanya, majlis penutup program itu akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Semua calon lulus kursus diserap guru tetap

PUTRAJAYA 22 Jun - Semua calon yang telah lulus kursus perguruan tidak akan lagi dilantik sebagai Guru Sandaran Terlatih sebaliknya diserapkan sebagai guru tetap tidak lama lagi. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana kerajaan bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi juga memberikan status perjawatan yang lebih baik kepada guru terlatih itu. ''Dalam pengambilan yang akan datang, kita tidak perlu ada guru sandaran terlatih lagi dan kalau ada jawatan yang kita perlukan, penempatan boleh dibuat secara langsung ke mana-mana sekolah yang sesuai. ''Apa yang penting kita hendak guru yang cukup baik dan terpilih diberikan jawatan tetap selepas proses tapisan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di sini hari ini. Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, bagi melaksanakan tindakan tersebut, sewajarnya perkongsian m

NUTP mohon lanjut cuti bersalin bagi anak keenam

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan (NUTP) mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan memohon melanjutkan cuti bersalin bagi guru kepada anak keenam dan seterusnya. Faedah cuti bersalin bagi guru kini sehingga anak kelima, kata Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng (atas). Bercakap bagi 160,000 anggota NUTP iaitu 75 peratus anggotanya adalah wanita, beliau berkata, kesatuan itu sudah mengemukakan satu kertas kerja bagi tujuan itu kepada kerajaan melalui Majlis Bersama Kebangsaan Katanya, kerajaan tidak ada masalah untuk melanjutkan faedah bersalin kepada guru berkenaan kerana tidak ramai daripada mereka mempunyai anak lebih enam orang. NUTP yang adalah persatuan guru yang terbesar di negara ini, juga memohon agar cuti bersalin itu dilanjutkan kepada 90 hari dari 60 hari bagi semua kakitangan awam. Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) memungut lebih 500,000 tandatangan menyokong tuntutannya untuk cuti bersalin 90 hari bagi kakitangan sektor swasta

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada 17 Mei 2010

Imej

Ganjaran suntikan motivasi kepada guru

KUALA LUMPUR 17 Mei - Beberapa tokoh pendidik menyokong pemberian ganjaran wang tunai kepada guru yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah dan menganggapnya sebagai suntikan motivasi kepada golongan tersebut. Tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad berkata, pemberian insentif oleh kerajaan itu amat baik tetapi beliau berharap beberapa perkara penting perlu diberi pertimbangan sewajarnya. Jelasnya, Kementerian Pelajaran perlu mengambil kira prestasi keseluruhan sesebuah sekolah dan bukan sekadar menilai keputusan peperiksaan besar untuk memberi ganjaran kepada para guru. "Selain itu, guru-guru juga perlu lebih fokus kepada prestasi pelajar yang lemah dan bukannya terlalu terikat dengan aktiviti sampingan seperti mesyuarat persatuan di sekolah. "Kita juga berharap, para guru akan lebih bersemangat untuk mengajar dengan adanya skim ganjaran seperti ini supaya mereka dapat membantu pelajar mengembangkan potensi masing-masing," katanya di sini hari ini. Beliau berkata d

Jawi tulisan nombor dua di dunia - Angkasa

TEMERLOH 5 Mei - Pelajar beragama Islam perlu menguasai tulisan jawi kerana ia merupakan tulisan nombor dua berpengaruh di dunia selepas rumi selain membantu mereka memahami al-Quran. Timbalan Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Datuk Fatah Abdullah berkata, langkah Kumpulan Utusan menerbitkan sisipan akhbar tulisan jawi dalam akhbar Utusan Malaysia perlu disokong bagi memastikan ia terus relevan dengan perkembangan semasa. Sehubungan itu tegas beliau, tiada sebab jawi dikorbankan apabila rumi menjadi tulisan rasmi negara. ''Selain digunakan dalam al-Quran, kita patut berbangga kerana tulisan jawi diiktiraf di peringkat antarabangsa dan pernah menjadi tulisan perdagangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. ''Ketika itu pedagang Eropah dan China turut menggunakan tulisan jawi semasa menjalani urusan perdagangan dengan orang Melayu Melaka, India dan juga negara-negara dari benua Afrika dan Semenanjung Arab," katanya. Beliau berkata demikia

UTM sekali lagi diiktiraf organisasi terbaik R & D

KUALA LUMPUR 26 April - Kecemerlangan, kreativiti dan inovasi membolehkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi diiktiraf sebagai institusi penyelidikan dan pembangunan (R & D) terbaik di negara ini melalui Anugerah Harta Intelek Negara 2010. Universiti itu sebelum ini telah dua kali diiktiraf sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan terbaik melalui anugerah sama bagi kategori organisasi pada 2006 dan 2009. Ia ekoran usaha berterusan UTM dalam menggalakkan penyelidiknya mempergiat aktiviti penyelidikan yang memberi penekanan kepada penghasilan harta intelek dan pengkomersialan produk. Anugerah yang dimenangi bagi kali ketiga itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Naib Canselor UTM, Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang pada majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2010 di sini hari ini. Sebagai penerima anugerah itu, UTM membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, piala dan sijil penghargaan. Anugerah tersebut turut mengiktiraf individu dan pelaja

Faizal Tahir-Satu Malaysia

Serat batang pisang bawa kejayaan pelajar di Beijing

BUKIT MERTAJAM 12 April - Biasanya batang pisang dibuang begitu sahaja kerana tidak mempunyai sebarang kegunaan lain. Namun, jika diproses mengikut kaedah tertentu seperti mencampurkannya ke dalam bahan kimia, ia boleh menjadi produk komersial. Antaranya menjadikan ia sebagai bahan serat yang berupaya menyerap minyak apabila tumpah pada permukaan air termasuk di laut. Penemuan itu berjaya dihasilkan oleh dua orang pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin di sini. Mereka ialah Mas Adil Mas Rosemal Hakim, 18, dan Nurein Ardini Samsuri, 16 dibantu guru penasihat sekolah berkenaan, Go Soew Ann serta beberapa pensyarah Jabatan Sains Kimia dari Universiti Sains Malaysia (USM). Lebih membanggakan, mereka memenangi tempat pertama pada pertandingan Reka Cipta Sains Remaja Beijing di China yang berlangsung dari 17 hingga 23 Mac lalu, menewaskan 1,268 rekaan lain. Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Tarmizi Kamaruddin berkata, kejayaan tersebut begitu bermakna kerana ia dis

Bola Sepak Zon Gunong Semanggol

30/3/2010 SKKS (0) lwn SK HAJI DAHALAN (2) 1/4/2010 SKKS (0) lwn SK DATO' ALAUDIN (2) 6/4/2010 SKKS (0) lwn SK TELOK MEDAN (1) Tahun depan, cuba lagi...

H1N1 kembali ganas

Oleh Faiza Zainudin dan Nahar Tajri bhnews@bharian.com.my 2010/04/02 83 kes di Selangor, Melaka, Terengganu sah dijangkiti virus tempoh seminggu KUALA LUMPUR: Wabak Influenza A (H1N1) yang pernah mengorbankan 77 orang di negara ini, kembali mencemaskan apabila 83 kes di Selangor, Melaka dan Terengganu disahkan dijangkiti virus itu dalam tempoh seminggu sehingga Sabtu lalu. Pada Sabtu lalu saja, 371 pesakit dimasukkan ke 38 hospital kerajaan dan tujuh pusat perubatan swasta di seluruh negara dengan simptom jangkitan penyakit seperti influenza (ILI). Daripada jumlah itu, 25 disahkan positif H1N1 dan lapan dirawat di unit kecemasan. Berikutan itu, Kementerian Kesihatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan meningkatkan pemantauan serta pencegahan bagi mengelak virus itu merebak. Daripada 83 kes itu, 15 membabitkan kakitangan Hospital Serdang, Selangor, 16 pekerja Ladang Sime Darby Merlimau, Melaka; 31 pelajar Madrasah Tahfiz Raudatul Muslihin Masjid Tanah, Melaka; tujuh pelajar Instit

53 pendidik sertai konvensyen guru Bahasa Melayu

IPOH 23 Mac - Seramai 53 guru Bahasa Melayu menyertai Konvensyen Guru-Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Teknik (SMT) Perak anjuran SMT Lebuh Cator yang julung kalinya diadakan di sini hari ini. Program bermula dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang itu dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahasa, Bahagian Akademik Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak, Saidi Ngah Abdul Said. Pengetua SMT Lebuh Cator, Mokhtar Zakaria berkata, matlamat penganjuran konvensyen adalah untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu di SMT dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Katanya, para peserta yang terlibat akan menetapkan sasaran pencapaian Bahasa Melayu dalam peperiksaan itu pada tahun ini. ''Pada masa ini, semua SMT di negeri ini mencatatkan kelulusan 100 peratus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. ''Namun, kita tidak lagi melihat kepada kelulusan semata-mata tetapi mahu meningkatkan bilangan pelajar yang mencatat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran itu,&q

Geran perkapita dinaikkan 100%

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 17 Mac - Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan beberapa langkah untuk memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah antaranya menambah sekali ganda geran perkapita pelajar. Peruntukan sedia ada geran perkapita sukan akan dinaikkan daripada RM2.40 kepada masing-masing RM4 dan RM6 untuk sekolah rendah dan menengah Geran padanan bagi setiap sumbangan ibu bapa pelajar juga akan diperkenalkan untuk menambah dana pembangunan sukan sekolah. Mulai tahun depan juga, separuh daripada 10 peratus markah penglibatan kokurikulum pelajar akan diperuntukkan kepada aktiviti sukan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah-langkah tersebut diputuskan bertujuan mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah yang kurang mendapat perhatian. Menurut beliau, dasar terbaru kerajaan 1Murid 1Sukan itu bukan bermatlamat mencari atlet cemerlang semata-mata hingga mengabaikan pencapaian akademik tetapi merupakan langkah seramp

Guru baru ingkar arahan boleh dikenakan tindakan

KUALA TERENGGANU 11 Mac - Mana-mana guru baru yang mengingkari arahan apabila dihantar untuk berkhidmat di kawasan pedalaman akan dikenakan tindakan tegas termasuk disingkir daripada kerjaya perguruan. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika memberi amaran itu menegaskan, pihaknya tidak akan bertolak ansur mengenai perkara itu dan mereka yang terbabit perlu menerima hakikat dikenakan tindakan sedemikian. Katanya, guru-guru yang baru tamat perkhidmatan jika dihantar berkhidmat ke kawasan pedalaman mesti mematuhi arahan tersebut bagi mengelak timbul masalah kekurangan guru di kawasan itu. "Bagaimanapun mereka masih boleh merayu dengan alasan yang munasabah, tapi kalau mereka langsung tak datang lapor diri, kita akan ambil tindakan. ''Mereka akan disingkirkan dan tak boleh jadi guru lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Mengabang Telipot dan majli

Pelajar lelaki dibelasah

Oleh Azida Shaharuddin azida@nstp.com.my JOHOR BAHRU: Akibat ejek mengejek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima sebuah sekolah di Skudai dekat sini, dibelasah abang juniornya hingga mengalami kecederaan di hidung, mata dan telinga. Dalam kejadian kira-kira jam 1.35 tengah hari Khamis lalu, mangsa, Awin Faris Mohd Nasir, 17, mendakwa lelaki berusia 20-an itu menampar, mencekik dan menumbuk mukanya dalam kawasan sekolah ketika dalam perjalanan pulang. Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Aziz Ahmad ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja. Ketika ditemui Berita Harian, Awin berkata, pada mulanya berlaku ejek mengejek antara beliau dan seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat. “Akibat tidak berpuas hati pelajar perempuan itu dipercayai menghantar SMS kepada abangnya mendakwa dia dipukul. “Tidak lama selepas itu, abangnya datang ke sekolah

Perkembangan terbaru tahun 2010

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk menceritakan sedikit perkembangan yang berlaku di SKKS dalam dua bulan awal tahun ini. Beberapa orang guru telah bertukar dan SKKS juga telah menerima beberapa ahli keluarga baru. Guru yang bertukar ialah: 1. Tn.Hj.Ahmad Fauzi B.Hassan - bertukar ke SK Kampong Dew 2. En. Ahmad Azizi b. Mumamad - bertukar ke SK Seri Pinang 3. Pn. Zuliana bt Mustapha Al-bakri - bertukar ke SK Seri Pinang Guru yang baru masuk: 1. Pn. Jariah bt Zaini (Pk Kokurikulum)- dari SK Dato' Mas'ud 2. En. Mohd Fahmi b. Abd Kadir 3. En. Ahmad Firdaus b Ismail Saya ingin mengalu-alukan kedatangan ahli baru SKKS. Kepada guru-guru yang telah bertukar,terima kasih di ucapkan atas segala jasa dan bakti yang telah di taburkan..

Hari paling bermakna lima beradik

Oleh FARIK SALLEH utusanjohor@utusan.com.my KOTA TINGGI 10 Feb. - Isnin lalu merupakan hari yang amat bermakna bagi lima beradik, Ahmad Nor Danish Hassan, 6; Haris Fadillah, 7, Nor Shahira, 9; Adam Iskandar, 10; dan Mohd. Haikal, 12; kerana diterima masuk ke Sekolah Kebangsaan Datuk Usman Awang(SKDUA) dekat sini Lima beradik yang tercicir dalam pelajaran ini dijangka menjalani ujian diagnostik bagi pengesanan pencapaian kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ia bagi memudahkan pemulihan pembelajaran mengikut tahap dapat dilaksanakan pihak sekolah. Kesemua adik beradik tersebut tidak dapat mengikuti sesi persekolahan kerana tidak memiliki surat beranak sebelum ini. Bagaimanapun, adik beradik itu tetap menerima pendidikan tidak formal hasil tunjuk ajar ibu mereka dan ahli keluarga di rumah dan mampu mengenal huruf, boleh membaca dan mengira. Nor Shahira ketika ditemui melahirkan perasaan gembira kerana akhirnya dapat mengikuti sesi persekolahan seperti rakan-rakannya yang lain. "Sa

Guru saman malu RM1.5 juta

Oleh SAFINA RAMLI utusankedah@utusan.com.my ALOR SETAR 24 Jan. - Sepasang suami isteri memfailkan saman malu berjumlah RM1.5 juta di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tiga kakitangan awam kerana didakwa melakukan konspirasi menganiaya pasangan tersebut. Kedua-dua plaintif, Mohd. Afandi Abd. Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd. Rozi, 38 adalah seorang guru. Mohd. Afandi dan Roziaini menamakan Munajat Tamrin selaku defendan pertama yang merupakan pegawai bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah serta terlibat dalam menyelenggarakan pertukaran guru-guru sekolah. Defendan kedua ialah, Noriah Murad, merupakan bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Alor Setar, Jalan Langgar, tempat Roziaini mengajar pada tahun 2004. Defendan ketiga pula Abdul Aziz Hanifa, bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Iskandar, Alor Setar yang merupakan sekolah Mohd. Afandi bertugas pada 2004. Mohd. Afandi memberitahu, dia memfailkan saman itu terhadap ketiga-tiga defendan kerana mereka mengakibatkan tekanan perasaan

Pengetua salah guna kuasa pindah guru bermasalah

Oleh Syuhada Choo Abdullah choo@bharian.com.my NUTP tak setuju ambil kesempatan program MBMMBI KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa ada segelintir guru besar dan pengetua menyalah guna kuasa untuk memindahkan guru yang 'tidak sebulu' atau bermasalah dari sekolah dalam melaksanakan program penempatan semula bermula awal bulan ini. Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata guru besar dan pengetua terbabit mengambil kesempatan mengeluarkan guru tertentu yang sudah disasarkan dengan memberi alasan sekadar memenuhi arahan penempatan semula untuk mencapai matlamat memartabat Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Berikutan itu, beliau berkata, berlaku senario ada guru Bahasa Inggeris dipindahkan dari sekolah yang sedang mengalami kekurangan tenaga pengajar dalam subjek itu, malah keadaan sama menimpa guru opsyen Seni Visual walaupun mereka tiada kaitan dengan program penempatan semula untuk MBMMBI, sehingga menjejaskan pengajaran dan

Penguasaan guru dalam ICT diutamakan - TPM

LONDON 12 Jan. - Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia Menurutnya, kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatan kesedaran dan kreativiti di kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT. "Malaysia mempunyai banyak inisiatif termasuk video pendidikan melalui web, EduWeb TV, dengan 9,331 sekolah mempunyai akses kepada lapan saluran projek School-Net melalui jalur lebar bagi mengurangkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar. "

Pelbagai ragam hari pertama bersekolah

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin, Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Hamzah Osman bhnews@bharian.com.my KUALA LUMPUR: Kedah, Kelantan dan Terengganu memulakan sesi persekolahan bagi sesi 2010, semalam, dengan merakam pelbagai ragam dan senario tangisan di hari pertama terutama membabitkan murid yang baru memasuki alam persekolahan. Walaupun pada awalnya, murid Tahun Satu begitu bersemangat untuk memasuki alam persekolahan, suasana kemudiannya bertukar ‘gamat’ apabila ada yang menangis dan tidak mahu masuk kelas. Pelbagai gelagat lucu dapat disaksikan, malah ada murid yang lari bersembunyi dan memeluk ibu bapa sambil menangis Mereka adalah sebahagian daripada hampir 90,000 murid Tahun Satu yang memulakan hari pertama persekolahan di tiga negeri itu, semalam. Daripada jumlah itu, seramai 31,202murid Tahun Satu bersekolah di Kelantan, Terengganu 21,115 orang dan 37,621 murid di Kedah. Di KOTA BHARU, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Mohd Ghazali Ab Rahman berkata, sekalipun ada murid Tahun Sat