Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan & Konvokesyen Pra Sekolah pada 18/11/2009

Imej

Hari Kanak-Kanak pada 13/11/2009

Imej

Program 1Malaysia ( Indahnya Negeriku ) di Ipoh pada 5/11/2009 - 8/11/2009

Imej

100 Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang 2012 - TPM

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI pengarang@utusan.com.my JITRA 12 Nov. - Kementerian Pelajaran menyasarkan untuk mewujudkan 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menjelang 2012 menerusi pemilihan sekolah-sekolah terbaik yang menyerlah dalam semua aspek pendidikan di negara ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi mencapai matlamat tersebut, status sekolah yang akan dianugerahkan SBT mesti mempunyai identiti tersendiri, unik dan mampu melahirkan pelajar cemerlang. "Sekolah-sekolah ini mempunyai kekuatan dan tradisi budaya kerja cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta berdaya saing. "Ia mampu melahirkan golongan lebih dinamik dalam usaha meneruskan kesinambungan pembangunan di negara ini," katanya. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup persidangan pertama serantau mengenai Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan di Institut Aminuddin Baki di s

Struktur binaan jambatan gantung runtuh tak kukuh

Oleh Anwar Hussin, Faiza Zainuddin dan Mohd Anwar Patho Rohman bhnews@bharian.com.my KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, siasatan awal Jabatan Kerja Raya (JKR) terhadap kejadian jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Kampar yang mengorbankan tiga murid sekolah, bulan lalu, berpunca daripada pembinaan jambatan tanpa pelan yang lengkap. Timbalan Perdana Menteri berkata, siasatan juga mendapati struktur binaan jambatan itu tidak kukuh. "Pihak Kementerian Pelajaran akan menyediakan laporan terperinci dan dijangka akan dapat diumumkan selewat-lewatnya akhir bulan ini. "Saya sudah mengarahkan pegawai kementerian di semua peringkat untuk mempertingkatkan langkah keselamatan murid dalam melaksanakan semua aktiviti sama ada di dalam atau luar sekolah," katanya menggulung pembahasan Bajet 2010. Beliau mengulas mengenai tragedi jambatan runtuh di Kem Perkhemahan 1Malaysia pusat kokurikulum pelajaran daerah Kinta pada 26 Oktober lalu. Muhyiddin berkata, ketika kejadian

Dua langkah lonjak IT

DALAM usaha menyediakan komponen teknologi utama kepada rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menekankan dua langkah: Terus mengukuhkan infrastruktur komunikasi negara yang canggih menghubungkan 1.2 juta isi rumah dan premis perniagaan menggunakan gentian optik. Jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi itu akan membolehkan mereka disambungkan dengan Internet berkelajuan tinggi antara 10 megabait sesaat hingga 1 gigabait sesaat. PUTRAJAYA 10 Nov. – Malaysia sedang merancang untuk mewujudkan sebuah pusat praktikal teknologi maklumat (IT) mirip model pusat perisian Infosys ternama di Bangalore, India. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menerusi pusat berkenaan, para siswazah lepasan IT akan mengikuti kemahiran tinggi di situ sebelum menceburi bidang pekerjaan dengan gaji lumayan. “Pusat yang sedang kita rancang ini seakan-akan mirip model Infosys di Bangalore. “Para siswazah (IT) kita pergi mengikuti latihan praktikal di pusat ini sebelum terjun ke d

Ganti Pendidikan Moral

Oleh ZAMZURINA AHMAD utusanpahang@utusan.com.my KUANTAN 8 Nov. - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah menyarankan mata pelajaran Pendidikan Moral dimansuhkan dan digantikan dengan mata pelajaran 1Malaysia yang memberi lebih tumpuan kepada pengukuhan perpaduan antara kaum di negara ini. Beliau berkata, sudah tiba masanya mata pelajaran 1Malaysia diperkenalkan dengan merangkumi aspek kenegaraan, perpaduan, Rukun Negara dan semangat patriotisme seiring gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Melalui mata pelajaran 1Malaysia ini diharap dapat menyedarkan para pelajar betapa pentingnya perpaduan sesama kaum dan pada masa yang sama, mereka akan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara dengan baik," katanya kepada pemberita di sini malam tadi. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Koir Lagu- Lagu Patriotik 2009 antara Kelab Rukun Negara Sekolah-Sekolah Meneng

Tumpu tingkat kualiti guru

Oleh HERMAN HAMID herman@utusan.com.my SUBANG JAYA 3 Nov. – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu projek pembinaan infrastruktur pendidikan termasuk sekolah pada masa depan dilaksanakan dengan perbelanjaan sederhana supaya lebih banyak peruntukan dapat disalurkan untuk meningkatkan kualiti guru. Timbalan Perdana Menteri berkata, infrastruktur fizikal yang tersergam indah tidak penting kerana yang akan memberi manfaat kepada para murid dan pelajar adalah apabila mereka mendapat guru yang benar-benar berkualiti. Katanya, sehubungan itu tumpuan harus diberikan kepada aspek latihan guru agar keupayaan dan kepimpinan mereka dapat ditingkatkan seterusnya membantu usaha kerajaan meningkatkan kualiti pendidikan negara. ‘‘Dari segi infrastruktur, kita tak perlu buat bangunan tersergam indah yang libatkan belanja besar yang boleh kita jimat. ‘‘Kalau kita boleh potong kosnya 10 ke 20 peratus daripada kos sebenar dengan keadaan pelan sederhana tetapi kualiti guru yang baik, maka yang untungnya pelajar dap