Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

'Hantar anak, yang pulang mayat'

KAMPAR - "Anak saya berkeras mahu menyertai perkhemahan ini kerana katanya ia pengalaman baru baginya. "Akhirnya saya terpaksa izikan tetapi tidak sangka pula yang pulang ialah mayatnya." Demikian luahan T. Nathan, 44, yang kematian anak perempuannya, Dina Deve, 11, akibat lemas setelah jambatan gantung yang dilalui Dina untuk menyeberangi Sungai Kampar di sini bersama kira-kira 50 peserta Perkhemahan 1Malaysia runtuh kelmarin. Nathan, berkata, dia mengetahui tragedi itu daripada bapa saudaranya pada pukul 12.30 malam kelmarin. Ekoran itu, katanya, dia dan isterinya, S. Muguna, 35, pergi ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 20 kilometer dari rumahnya di Taman Mambang Di Awan, Kampar dekat sini. "Sepanjang operasi mencari kami berdoa agar Dina ditemui selamat tetapi harapan kami berkecai kerana dia sudah mati," kata Nathan, seorang pemandu lori, ketika ditemui di rumahnya semalam. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perak,

Bentuk fizikal bukan syarat jadi guru

PUTRAJAYA 22 Okt. - Kementerian Pelajaran menolak sebarang unsur diskriminasi dalam proses pemilihan guru pelatih berdasarkan bentuk fizikal individu. Merujuk isu melibatkan Joanna Gilbert Asson, 29, yang mendakwa diarahkan meninggalkan Kolej Latihan Guru Rajang di Bintangor kerana bertubuh gemuk, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kementerian tidak mempraktikkan dasar berkenaan. Mengulas kes itu yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, beliau berkata, Ketua Pengarah Pelajaran telah diarah menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut. ''Berdasarkan standard kriteria, Joanna telah berjaya dalam proses pemilihan dan layak sebagai pelatih baru untuk kursus latihan guru pasca siswazah. ''Kementerian dimaklumkan Joanna telah melapor diri untuk pendaftaran pada 22 Jun dan selepas itu membuat keputusan menarik diri daripada kursus berkenaan serta menuntut semula yuran pendaftaran," kata beliau dalam khidmat pesanan ringkas (SMS)

35 'sejadah berdiri' di surau sekolah

Imej
PASIR MAS 20 Okt. - Orang ramai dan warga Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut di sini hari ini gempar apabila kejadian 'sejadah berdiri' seperti yang dilaporkan di beberapa tempat termasuk di Bukit Mertajam pada 2 Oktober lalu, kini berlaku pula di surau sekolah berkenaan. Jika sebelum ini hanya sehelai yang didakwa berdiri tetapi kali ini sebanyak 35 helai sejadah dilihat berdiri mengikut saf iaitu 15 helai di ruang solat lelaki dan 19 helai di ruang solat wanita dengan sehelai daripadanya berada di bahagian hadapan seolah-olah mengimamkan solat. Kejadian disedari pada pukul 10.55 pagi oleh seorang murid tahun dua, Nurul Huda Mat Jali, 8, yang mengikuti kelas pemulihan di pondok berdekatan, ternampak sesuatu yang ganjil melalui celah pintu cermin surau berkenaan lalu memberitahu kawan-kawan dan mereka memaklumkan kepada guru. Ia bukan sahaja menarik perhatian warga sekolah yang tidak percaya ia 'dibuat-buat' oleh seseorang malah penduduk tempatan mula berduyun-duyun ke seko

Guru, murid berkongsi tandas - Kejayaan mendisiplinkan murid di SK Landas, Hulu Terengganu menjadi ikutan

Imej
Oleh HARADIAN SHAH HAMDAN dan NORZASRUDIN MOHAMED NOR berita@kosmo.com.my AMALAN berkongsi kemudahan antara guru dan murid membantu SK Landas muncul juara tandas paling bersih peringkat daerah selama lima tahun berturut-turut sejak 2005. KONSEP berkongsi tandas di SK Landas, Hulu Terengganu memberi kesan positif sehingga ia akan diperluaskan ke dua sekolah lain tahun depan. HULU TERENGGANU - Ketika murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Landas, di sini diminta berkongsi tandas dan kantin dengan guru-guru pada 2004, ramai yang berasa malu serta janggal. Bagaimanapun perasaan itu sedikit demi sedikit hilang dan akhirnya mendorong guru dan murid-murid untuk bersama-sama menjaga kebersihan sehingga SK Landas muncul juara pertandingan tandas dan kantin terbersih daerah itu selama lima tahun berturut-turut sejak 2005. Kejayaan SK Landas itu juga menjadi punca kerajaan negeri Terengganu mahu memperluaskan amalan berkongsi tandas dan kantin dengan membabitkan dua buah sekolah elit, Sekolah M

Latihan Dalam Perkhidmatan 4 - Kejurulatihan Badminton

Imej
Kursus ini telah diadakan pada Sabtu 10/10/2009 bertempat di Dewan Serbaguna Gunong Semanggol. En.Saufi telah dilantik sebagai jurulatih untuk kursus ini.

Pelajar maki pengetua dinasihat tukar sekolah

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar ctfa@bharian.com.my Perbuatan kutuk dalam laman Friendster dianggap kesalahan berat JITRA: Seorang pelajar Tingkatan Empat, sebuah sekolah berasrama penuh, di sini, dikenakan tindakan tegas iaitu dinasihatkan berpindah ke sekolah lain selepas dikesan menjadikan laman sosial sebagai medan melakukan serangan peribadi terhadap pengetuanya. Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah, yang hadir ke sekolah itu semalam bagi menyelesaikan kes berkenaan selepas menerima aduan berhubung perkara berkenaan daripada ibu bapa pelajar itu. "Pelajar berkenaan melakukan perkara itu melalui Friendster pada Mei lalu dan perbuatan memaki hamun pengetua sekolah dengan perkataan kesat walaupun di laman sosial dianggap satu kesalahan berat. "Hari ini (semalam) saya ke sekolah ini untuk berjumpa pengetua dan ibu bapa pelajar berkenaan bagi menyelesaikan kes ini. "Pengetua menjelaskan pelajar itu memaki hamun beliau mengg

Laporan KPI: Guru wanita saman pengetua RM228,000

KUANTAN 6 Okt. - Akibat tidak puas hati dengan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) oleh ketuanya, seorang guru sekolah menengah memfailkan saman terhadap pengetua sekolah tersebut bagi menuntut ganti rugi RM228,000. Rozilah Abdullah, 37, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Jalan Gambang memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Balkish Alias & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini pada 12 Ogos lalu. Rozilah selaku plaintif yang diwakili peguam Balkish Alias menamakan pengetua sekolah tersebut, Aluwiyah Osman sebagai defendan. Kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani hari ini. Hassan bagaimanapun menetapkan 5 November ini sebutan semula kes tersebut selepas Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan memohon masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan. Guru berkenaan yang telah berkhidmat sejak 11 tahun lalu mendakwa berlaku ketidakadilan dan penindasan terhadapnya melalui laporan KPI yang dikeluarkan oleh defendan. Menu

Jamuan Hari Raya pada 30/9/2009

Imej
Jamuan Hari Raya pada tahun ini diadakan dengan kerjasama Kelab Guru & Staf dan PIBG.Jamuan diadakan pada waktu kokurikulum pada 30/9/2009.