34400 SIMPANG EMPAT, SEMANGGOL,
PERAK DARUL RIDZUAN
Latihan Dalam Perkhidmatan 4 - Kejurulatihan Badminton
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Kursus ini telah diadakan pada Sabtu 10/10/2009 bertempat di Dewan Serbaguna Gunong Semanggol. En.Saufi telah dilantik sebagai jurulatih untuk kursus ini.
DALAM usaha menyediakan komponen teknologi utama kepada rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menekankan dua langkah: Terus mengukuhkan infrastruktur komunikasi negara yang canggih menghubungkan 1.2 juta isi rumah dan premis perniagaan menggunakan gentian optik. Jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi itu akan membolehkan mereka disambungkan dengan Internet berkelajuan tinggi antara 10 megabait sesaat hingga 1 gigabait sesaat. PUTRAJAYA 10 Nov. – Malaysia sedang merancang untuk mewujudkan sebuah pusat praktikal teknologi maklumat (IT) mirip model pusat perisian Infosys ternama di Bangalore, India. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menerusi pusat berkenaan, para siswazah lepasan IT akan mengikuti kemahiran tinggi di situ sebelum menceburi bidang pekerjaan dengan gaji lumayan. “Pusat yang sedang kita rancang ini seakan-akan mirip model Infosys di Bangalore. “Para siswazah (IT) kita pergi mengikuti latihan praktikal di pusat ini sebelum terjun ke d...
PETALING JAYA 8 Julai - Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman SEA bakal mengukir sejarah apabila mereka akan membaca buku cerita selama sembilan hari tanpa henti mulai 15 Julai ini. Program Bacathon 2010 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records kerana pertama kali diadakan di negara ini. Pengerusi PIBG sekolah itu, Wong Kok Beng berkata, program yang dijangka berakhir pada 24 Julai itu melibatkan 72 murid tahun empat, lima dan enam. Katanya, ia diadakan sempena sambutan Bulan Membaca bulan ini dan bertujuan mengumpul dana bagi membaik pulih infrastruktur sekolah. "Program ini diadakan bagi menyahut seruan kerajaan untuk memupuk minat membaca kanak-kanak dari peringkat sekolah rendah di samping mengumpul dana membaiki infrastruktur bangunan sekolah ini yang sudah berusia 27 tahun," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Katanya, majlis penutup program itu akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi...
Oleh HARADIAN SHAH HAMDAN dan NORZASRUDIN MOHAMED NOR berita@kosmo.com.my AMALAN berkongsi kemudahan antara guru dan murid membantu SK Landas muncul juara tandas paling bersih peringkat daerah selama lima tahun berturut-turut sejak 2005. KONSEP berkongsi tandas di SK Landas, Hulu Terengganu memberi kesan positif sehingga ia akan diperluaskan ke dua sekolah lain tahun depan. HULU TERENGGANU - Ketika murid-murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Landas, di sini diminta berkongsi tandas dan kantin dengan guru-guru pada 2004, ramai yang berasa malu serta janggal. Bagaimanapun perasaan itu sedikit demi sedikit hilang dan akhirnya mendorong guru dan murid-murid untuk bersama-sama menjaga kebersihan sehingga SK Landas muncul juara pertandingan tandas dan kantin terbersih daerah itu selama lima tahun berturut-turut sejak 2005. Kejayaan SK Landas itu juga menjadi punca kerajaan negeri Terengganu mahu memperluaskan amalan berkongsi tandas dan kantin dengan membabitkan dua buah sekolah elit, Sekolah M...
Ulasan
Catat Ulasan