NUTP mohon lanjut cuti bersalin bagi anak keenam

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan (NUTP) mengemukakan kertas kerja kepada kerajaan memohon melanjutkan cuti bersalin bagi guru kepada anak keenam dan seterusnya.

Faedah cuti bersalin bagi guru kini sehingga anak kelima, kata Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng (atas).

Bercakap bagi 160,000 anggota NUTP iaitu 75 peratus anggotanya adalah wanita, beliau berkata, kesatuan itu sudah mengemukakan satu kertas kerja bagi tujuan itu kepada kerajaan melalui Majlis Bersama Kebangsaan

Katanya, kerajaan tidak ada masalah untuk melanjutkan faedah bersalin kepada guru berkenaan kerana tidak ramai daripada mereka mempunyai anak lebih enam orang.

NUTP yang adalah persatuan guru yang terbesar di negara ini, juga memohon agar cuti bersalin itu dilanjutkan kepada 90 hari dari 60 hari bagi semua kakitangan awam.

Sementara itu, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) memungut lebih 500,000 tandatangan menyokong tuntutannya untuk cuti bersalin 90 hari bagi kakitangan sektor swasta.

Setiausaha Agung NUBE, J Solomon, berkata kesatuan itu berharap untuk memungut sejuta tandatangan menjelang perayaan Hari Kemerdekaan, 31 Ogos ini.
Antara yang menandatanganinya setakat ini adalah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Solomon berkata, Malaysia hendaklah menerima pakai cuti bersalin 90 hari kerana kebanyakan negara ASEAN seperti Vietnam, Kemboja dan Indonesia sudah menyediakan faedah ini kepada kakitangannya.

Singapura menyediakan 112 hari untuk cuti bersalin. – BERNAMA
-Berita Harian 3/6/2010

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

TEMASYA SUKAN SEKOLAH 2012

SK Taman SEA bakal catat rekod