Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Guru saman malu RM1.5 juta

Oleh SAFINA RAMLI utusankedah@utusan.com.my ALOR SETAR 24 Jan. - Sepasang suami isteri memfailkan saman malu berjumlah RM1.5 juta di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tiga kakitangan awam kerana didakwa melakukan konspirasi menganiaya pasangan tersebut. Kedua-dua plaintif, Mohd. Afandi Abd. Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd. Rozi, 38 adalah seorang guru. Mohd. Afandi dan Roziaini menamakan Munajat Tamrin selaku defendan pertama yang merupakan pegawai bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah serta terlibat dalam menyelenggarakan pertukaran guru-guru sekolah. Defendan kedua ialah, Noriah Murad, merupakan bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Alor Setar, Jalan Langgar, tempat Roziaini mengajar pada tahun 2004. Defendan ketiga pula Abdul Aziz Hanifa, bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Iskandar, Alor Setar yang merupakan sekolah Mohd. Afandi bertugas pada 2004. Mohd. Afandi memberitahu, dia memfailkan saman itu terhadap ketiga-tiga defendan kerana mereka mengakibatkan tekanan perasaan

Pengetua salah guna kuasa pindah guru bermasalah

Oleh Syuhada Choo Abdullah choo@bharian.com.my NUTP tak setuju ambil kesempatan program MBMMBI KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa ada segelintir guru besar dan pengetua menyalah guna kuasa untuk memindahkan guru yang 'tidak sebulu' atau bermasalah dari sekolah dalam melaksanakan program penempatan semula bermula awal bulan ini. Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata guru besar dan pengetua terbabit mengambil kesempatan mengeluarkan guru tertentu yang sudah disasarkan dengan memberi alasan sekadar memenuhi arahan penempatan semula untuk mencapai matlamat memartabat Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Berikutan itu, beliau berkata, berlaku senario ada guru Bahasa Inggeris dipindahkan dari sekolah yang sedang mengalami kekurangan tenaga pengajar dalam subjek itu, malah keadaan sama menimpa guru opsyen Seni Visual walaupun mereka tiada kaitan dengan program penempatan semula untuk MBMMBI, sehingga menjejaskan pengajaran dan

Penguasaan guru dalam ICT diutamakan - TPM

LONDON 12 Jan. - Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah, pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia Menurutnya, kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatan kesedaran dan kreativiti di kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT. "Malaysia mempunyai banyak inisiatif termasuk video pendidikan melalui web, EduWeb TV, dengan 9,331 sekolah mempunyai akses kepada lapan saluran projek School-Net melalui jalur lebar bagi mengurangkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar. "

Pelbagai ragam hari pertama bersekolah

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin, Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Hamzah Osman bhnews@bharian.com.my KUALA LUMPUR: Kedah, Kelantan dan Terengganu memulakan sesi persekolahan bagi sesi 2010, semalam, dengan merakam pelbagai ragam dan senario tangisan di hari pertama terutama membabitkan murid yang baru memasuki alam persekolahan. Walaupun pada awalnya, murid Tahun Satu begitu bersemangat untuk memasuki alam persekolahan, suasana kemudiannya bertukar ‘gamat’ apabila ada yang menangis dan tidak mahu masuk kelas. Pelbagai gelagat lucu dapat disaksikan, malah ada murid yang lari bersembunyi dan memeluk ibu bapa sambil menangis Mereka adalah sebahagian daripada hampir 90,000 murid Tahun Satu yang memulakan hari pertama persekolahan di tiga negeri itu, semalam. Daripada jumlah itu, seramai 31,202murid Tahun Satu bersekolah di Kelantan, Terengganu 21,115 orang dan 37,621 murid di Kedah. Di KOTA BHARU, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Mohd Ghazali Ab Rahman berkata, sekalipun ada murid Tahun Sat