PETALING JAYA 8 Julai - Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman SEA bakal mengukir sejarah apabila mereka akan membaca buku cerita selama sembilan hari tanpa henti mulai 15 Julai ini. Program Bacathon 2010 anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records kerana pertama kali diadakan di negara ini. Pengerusi PIBG sekolah itu, Wong Kok Beng berkata, program yang dijangka berakhir pada 24 Julai itu melibatkan 72 murid tahun empat, lima dan enam. Katanya, ia diadakan sempena sambutan Bulan Membaca bulan ini dan bertujuan mengumpul dana bagi membaik pulih infrastruktur sekolah. "Program ini diadakan bagi menyahut seruan kerajaan untuk memupuk minat membaca kanak-kanak dari peringkat sekolah rendah di samping mengumpul dana membaiki infrastruktur bangunan sekolah ini yang sudah berusia 27 tahun," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Katanya, majlis penutup program itu akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi...
DALAM usaha menyediakan komponen teknologi utama kepada rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menekankan dua langkah: Terus mengukuhkan infrastruktur komunikasi negara yang canggih menghubungkan 1.2 juta isi rumah dan premis perniagaan menggunakan gentian optik. Jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi itu akan membolehkan mereka disambungkan dengan Internet berkelajuan tinggi antara 10 megabait sesaat hingga 1 gigabait sesaat. PUTRAJAYA 10 Nov. – Malaysia sedang merancang untuk mewujudkan sebuah pusat praktikal teknologi maklumat (IT) mirip model pusat perisian Infosys ternama di Bangalore, India. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, menerusi pusat berkenaan, para siswazah lepasan IT akan mengikuti kemahiran tinggi di situ sebelum menceburi bidang pekerjaan dengan gaji lumayan. “Pusat yang sedang kita rancang ini seakan-akan mirip model Infosys di Bangalore. “Para siswazah (IT) kita pergi mengikuti latihan praktikal di pusat ini sebelum terjun ke d...
Temasya sukan Sekolah yang berlansung pada 19 Julai yang lalu. Tahniah kepada semua murid yang telah menjayakannya. Selain itu, hari kantin juga turut di adakan yang menlibatkan gerai jualan makanan dan pakaian bundle. Jutaan terima kasih juga di ucapkan kepada Pusat Kokurikulum Perak kerana sudi hadir dengan gerombolan team paintball. Ramai murid dan teruja nak main paintball. Tembak target je.. klik baca selanjutnya. Lain-lain gambar akan menyusul kemudian
Ulasan
Catat Ulasan