Catatan

Program penghayatan RAMADHAN

Imej
Program pada tahun ini dijalankan pada setiap Rabu iaitu dijalankan semasa waktu kokurikulum bermula pada jam 1.05 petang hingga 2.30 ptg. Pada 2/9/2009 yang lepas, aktiviti dimulakan dengan sembahyang Zohor berjemaah dan diteruskan dengan aktiviti membuat kad ramadan.

Khasiat Surah Al-Khauthar

Imej
Surah Al-Kautsar Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- 1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita. 2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya'allah hilang dahaga. 3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. ba...

bahagian 3 - ROMBONGAN TERENGGANU & KELANTAN

Imej

bahagian 2- ROMBONGAN TERENGGANU & KELANTAN

Imej

ROMBONGAN KE TERENGGANU & KELANTAN 1 - 2 OGOS

Imej
Malam 31 Julai lalu tepat jam 9.30 malam, rombongan SK Kampong Selamat yang terdiri dari hampir semua staf dan bekas murid UPSR 2008 yang kini berada di tingkatan satu telah bertolak ke Terengganu. Turut serta ialah beberapa wakil dari pihak Program Kampong Angkat. Rombongan ini telah di taja sepenuhnya oleh pihak Yayasan EMKAY di atas kecemerlangan yang telah di tunjukkan oleh bekas murid UPSR 2008. Taman Tamadun Islam, Muzium Negeri serta Pasar Payang adalah destinasi yang kami kunjungi sepanjang sehari di Terengganu. Murid-murid juga telah di raikan dalam satu majlis makan malam di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu. Ahad 2 Ogos, kami telah meninggalkan Terengganu untuk ke negeri Cik Siti Wan Kembang pula. Destinasi yang sempat di kunjungi hanyalah Pasar Siti Khadijah serta kawasan-kawasan berhampiran.

Guru BI luar bandar bakal dapat insentif

SEREMBAN 21 Julai - Guru bahasa Inggeris yang cemerlang akan diberikan insentif oleh kerajaan untuk berkhidmat di luar bandar apabila strategi memperkukuhkan penguasaan bahasa itu mula dilaksanakan pada tahun 2012. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insentif berkenaan mencakupi elaun, kebajikan dan sebagainya yang mana mekanismenya akan dibincangkan di peringkat Kementerian Pelajaran sebelum diputuskan oleh Kabinet. ''Insentif yang diberikan ini perkara baru dan akan melihat sejauh mana keberkesanannya, kerana kita mahu menghantar guru yang cemerlang untuk memperkasakan bahasa Inggeris di luar bandar. ''Guru yang terlibat ini bukan lagi mengajar Matematik dan Sains, tetapi bahasa Inggeris dan mereka adalah guru yang berlainan," kata beliau. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia ke-15 dan persidangan perwakilan kebangsaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ke-27 di Klana Resort...

Tiada cadang mansuh UPSR

Cara penilaian diubah suai, keputusan ujian bukan ukuran 100 peratus: TPM SHAH ALAM: Kerajaan belum bercadang untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) walaupun ia dilihat sesetengah pihak tidak lagi relevan dalam sistem pendidikan negara yang dinamik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata, UPSR masih boleh digunakan sebagai asas penilaian tetapi sedikit pengubahsuaian akan dilakukan terhadap peperiksaan itu dari segi kepentingan atau kayu pengukur. "Mungkin kepentingan dikurangkan daripada 100 kepada 30 atau 40 peratus. Yang lain akan ambil kira pelajaran Sejarah. Jadi, tidaklah lari daripada apa yang sedang dilaksanakan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Shah Alam, di sini, semalam. Beliau mengulas cadangan Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim kelmarin supaya UPSR dimansuhkan selepas ia dilihat hanya menjurus kepada konsep pencapaian pendidikan melalui peperiksaan yan...